Demokrasi pluralisme menggambarkan sistem politik di mana terdapat lebih daripada satu pusat kekuasaan. [1] Menurut definisi, Demokrasi adalah bersifat pluralis kerana demokrasi mengizinkan kebebasan berpersatuan . Namun, pluralisme mungkin wujud tanpa demokrasi. [2] Dalam masyarakat demokratik, individu memperolehi jawatan kuasa politik formal dengan membentuk gabungan pilihan raya yang berjaya. Gabungan sedemikian dibentuk melalui proses tawar-menawar di kalangan pemimpin politik dan subpemimpin pelbagai organisasi dalam masyarakat. Pakatan politik perlu dibentuk bagi memberikan para pemimpin organisasi kemampuan untuk mengajukan tuntutan dan mengartikulasikan sudut pandang keanggotaan mereka. [3] Hamed Kazemzadeh, seorang pluralis generasi baru dari Kanada, percaya bahawa demokrasi pluralis membawa maksud sekelompok kumpulan, bukan rakyat secara keseluruhan, boleh mentadbir, mengarah, memimpin dan mengurus masyarakat sebagai etika menghormati kepelbagaian. [4]